arrow

Tenaga Kerja Malaysia Imbangi Cita-cita, Jangkaan Kenaikan Gaji dan Keutamaan CSR – Dapatan Kajian Reeracoen x Rakuten Insight 2025

NewsOctober 30, 2025 10:00

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Oktober 2025 / -- Golongan profesional Malaysia menghantar mesej yang jelas kepada majikan: Cita-cita tanpa arah tidak mencukupi, begitu juga tujuan tanpa kemajuan.

Reeracoen x Rakuten Insight APAC Workforce Whitepaper 2025 (Kertas Putih Tenaga Kerja APAC Reeracoen x Rakuten Insight 2025) yang baharu diterbitkan menyoal selidik lebih 12,000 ahli profesional daripada 12 pasaran Asia-Pasifik dan mendapati tenaga kerja Malaysia menonjol dengan ketara. Hampir 40% pekerja Malaysia beraspirasi untuk memegang jawatan kepimpinan (melebihi purata APAC iaitu 37%). Pada masa yang sama, dua daripada tiga mengatakan pendirian sesebuah syarikat terhadap kemampanan dan tanggungjawab sosial mempengaruhi sama ada mereka akan menerima suatu pekerjaan.

Keadaan juga semakin mendesak dalam hal-hal lain. Lebih daripada satu dalam empat pekerja Malaysia (28%) kini menjangkakan kenaikan gaji dua angka, berbanding hanya 21% di peringkat serantau. Ia merupakan suatu permintaan yang berani, namun data menunjukkan bahawa ia turut memerlukan komitmen yang sama berani: Malaysia ialah salah satu daripada sebahagian kecil pasaran APAC yang mana latihan tajaan syarikat jauh mengatasi inisiatif pekerja sendiri.

"Bakat Malaysia ialah bakat yang berkebolehan, bijak dan sedia berkembang. Cita-cita yang dinyatakan di sini bersifat kukuh, namun begitu juga dengan permintaan terhadap nilai, kepercayaan dan kepimpinan yang memperkasakan," kata Yohei Yagi, Pengurus Negara, Reeracoen Malaysia. "Majikan yang menggabungkan struktur dengan khidmat dan strategi dengan empati, akan dapat menyerlahkan potensi penuh tenaga kerja Malaysia."

 

Yohei Yagi, Pengurus Negara Reeracoen Malaysia
Yohei Yagi, Pengurus Negara Reeracoen Malaysia


Paradox Bakat Yang Harus Diselesaikan oleh Majikan 
Malaysia memantapkan kedudukannya secara agresif sebagai hab untuk inovasi digital, pembuatan termaju dan pertumbuhan hijau melalui inisiatif-inisiatif seperti MyDIGITAL, Industry4WRD dan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pelaburan asing turut mengalir masuk ke dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan juga infrastruktur teknologi.

Namun demikian, terdapat jurang yang wujud antara cita-cita dasar dan realiti di tempat kerja. Meskipun 71% ahli profesional Malaysia mengatakan susunan kerja yang fleksibel penting buat mereka, capaian masih kekal tidak konsisten merentas industri-industri. Sungguhpun demikian, walaupun pekerja menginginkan kepimpinan berempati dan memperkasakan – 58% menganggapnya amat penting demi kepuasan kerja – banyak organisasi masih mengamalkan gaya pengurusan atas ke bawah yang menyekat cita-cita yang dikatakan ingin dicapai.

Kertas putih ini mengemukakan lima kekuatan yang membentuk semula landskap bakat Malaysia:

  • Keinginan Tinggi terhadap Kepimpinan: 39% daripada ahli profesional beraspirasi untuk memegang jawatan kepimpinan yang menandakan tenaga kerja yang bersedia untuk maju, sekiranya peluang dan sokongan pembangunan diberikan.

  • Nilai-nilai sebagai Hal Tidak Boleh Dirunding: 67% mempertimbangkan kemampanan dan tanggungjawab korporat apabila memilih majikan.

  • Empati sebagai satu Strategi: 58% mengaitkan kepimpinan berempati sebagai aspek yang penting terhadap kepuasan kerja, menjadikan budayanya sebagai penentu yang sama penting seperti pampasan dalam pengekalan pekerja.

  • Jurang Fleksibiliti: Kerja hibrid dihargai oleh 71% pekerja, namun pelaksanaan yang tidak sekata merentas sektor-sektor menimbulkan kekecewaan dan risiko pusing ganti.

  • Peningkatan Kemahiran secara Proaktif: Tidak seperti kebanyakan pasaran yang mana pekerja bersifat proaktif dalam hal pembelajaran mereka sendiri, pekerja Malaysia lebih cenderung untuk terlibat dalam program latihan tajaan syarikat – satu kelebihan yang kompetitif sekiranya dimanfaatkan sebaiknya.
     

Apa Ertinya untuk Majikan 
Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Reeracoen Group, menambah, "Fleksibiliti, tujuan dan pembelajaran tidak lagi dianggap sebagai faedah-faedah istimewa. Kesemua ini merupakan jangkaan. Syarikat-syarikat yang menjajarkan semula strategi bakat mereka seputar nilai-nilai ini akan menerajui gelombang pertumbuhan serantau yang seterusnya."

 

Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Reeracoen
Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Reeracoen

 

Collin Leow, Pengarah Negara, Malaysia & Thailand, Rakuten Insight, berkongsi, "Masa depan guna tenaga di Malaysia dan Thailand akan ditakrifkan oleh sejauh mana kita menjajarkan cita-cita dengan kebolehsesuaian. Pekerja pada hari ini bukan sahaja mencari peluang pertumbuhan — mereka mencari makna, mobiliti dan penguasaan. Dapatan daripada kajian ini menonjolkan anjakan serantau yang hebat apabila ahli profesional mahu memimpin, namun mereka juga ingin belajar, menyumbang dan tergolong dalam organisasi yang mencerminkan nilai-nilai mereka.

Apabila teknologi dan kemampanan membentuk semula ekonomi kita, majikan yang melabur dalam kepimpinan berempati, fleksibiliti yang saksama dan peningkatan kemahiran penuh azam akan mendapat kelebihan yang muktamad. Syarikat-syarikat yang paling berjaya ialah syarikat-syarikat yang memandang bakat bukan sahaja sebagai sumber untuk diurus, tetapi sebagai kekuatan untuk diperkasakan — yang berupaya memacu inovasi, daya tahan dan pertumbuhan yang inklusif merentas sempadan."

Bagi majikan, mesejnya tentulah jelas: penyesuaian tambahan mungkin tidak lagi mengurangkannya. Pekerja menghargai organisasi-organisasi yang memandang serius kerja hibrid, menyokong komitmen ESG dengan tindakan, membangunkan pemimpin dari dalam dan menganggap empati sebagai kecekapan perniagaan dan bukannya kemahiran insani.

Kertas putih yang lengkap sedia dimuat turun di:

https://www.reeracoen.com.my/en/events/APAC%20Workforce%20Whitepaper%202025

Latar Belakang Reeracoen Malaysia 
Reeracoen Malaysia merupakan sebahagian daripada Reeracoen Group, peneraju yang memenangi anugerah dalam landskap pengambilan pekerja Asia, menghubungkan bakat yang bereputasi sangat baik dengan organisasi-organisasi berpandangan jauh. Menerusi sembilan pejabat merentas enam negara Asia yang utama, kami menggabungkan rangkaian tempatan yang mendalam dengan kepakaran pengambilan pekerja rentas sempadan untuk membantu perniagaan-perniagaan berkembang dengan lebih pantas dan lebih kukuh.

Kecemerlangan kami telahpun diiktiraf menerusi anugerah-anugerah yang diterima baru-baru ini seperti:
•    Agensi Pengambilan & Pemerolehan Bakat Terbaik 2025
•    Agensi Pengambilan & Pemerolehan Bakat Antarabangsa Terbaik 2024
•    Agensi Pengambilan Eksekutif Terbaik 2024

Kami mendukung standard yang tertinggi bagi profesionalisme dan kualiti perkhidmatan, menyediakan penyelesaian pengambilan yang inovatif dan dipercayai untuk membantu perniagaan dan calon berjaya dalam ekonomi digital yang kian berkembang. Untuk maklumat lanjut, kunjungi 
https://www.reeracoen.com.my/ dan ikuti kami di LinkedIn untuk perkembangan terkini dan pandangan mutakhir.

Latar Belakang Rakuten Insight Global, Inc.
Rakuten Insight Global, Inc. ("Rakuten Insight") ialah subsidiari penyelidikan pasaran dalam talian milik penuh Rakuten Group, Inc., peneraju bertaraf global bagi perkhidmatan internet yang beribu pejabat di Tokyo. Rakuten Insight ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai AIP Corporation dan menjadi sebahagian daripada Rakuten Group pada tahun 2014. Rakuten Insight memiliki panel penyelidikan yang memfokuskan pada 12 pasaran Asia yang utama & AS serta rangkaian panel yang meliputi 60 negara dan wilayah. Dengan pejabat-pejabat yang terletak di 11 negara dan wilayah, Rakuten Insight menyediakan penyelidikan pasaran untuk lebih 500 syarikat yang terkemuka di seluruh dunia. Rakuten Insight Malaysia berfungsi sebagai hab penyelidikan pasaran luar pesisir bagi memacu pembangunan perniagaan dan memberikan sokongan operasi berbilang bahasa dan pelbagai fungsi untuk pelanggan yang berpangkalan di seluruh Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi 
https://insight.rakuten.com/ dan ikuti kami di media sosial.
 

HUBUNGI:
Reeracoen Group
Valerie Ong
Pengurus Pemasaran Serantau

marketing@reeracoen.sg

Rakuten Insight Global, Inc
Rakuten Insight Global Marketing and Communications Group
rig-info@mail.rakuten.com