Laporan Reeracoen Dedahkan 9 daripada 10 Rakyat Malaysia Terbuka untuk Pekerjaan Baharu Di Tengah-tengah Pengambilan Pekerja yang Perlahan, Bonus Rendah dan Tekanan Gaji yang Meningkat
December 04, 2025 10:00
KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Disember 2025 -- Reeracoen Malaysia, penyedia bagi perkhidmatan sumber manusia yang terkemuka, melaporkan mobiliti buruh yang semakin meningkat pada tahun 2025, dengan laporan Malaysia Job Market Insights 2025 mendapati bahawa sembilan daripada sepuluh rakyat Malaysia kini terbuka untuk menukar pekerjaan ekoran proses pengambilan pekerja yang perlahan, bonus yang semakin mengecil dan jangkaan gaji yang lebih tinggi.
Laporan ini mendedahkan bahawa 92% ahli profesional Malaysia mempertimbangkan pertukaran pekerjaan. Tambahan pula, 76% sedang mencari peluang baharu dengan begitu aktif, sama ada setiap minggu mahupun setiap hari. Hanya 9% melaporkan tidak mencari peluang baharu sama sekali, lantas mengetengahkan mobiliti yang kukuh dalam tenaga buruh. Arah aliran ini dapat dilihat dengan jelas khususnya dalam sektor pembuatan, elektronik dan perkhidmatan Malaysia, yang mana persaingan untuk mendapatkan bakat mahir menjadi semakin sengit.
Gabungan antara proses pengambilan pekerja yang lebih perlahan, kenaikan gaji yang sederhana dan kenaikan kos sara hidup mendorong lebih ramai pekerja untuk meneroka peranan alternatif. Pencari kerja menyatakan tempoh tindak balas majikan yang perlahan sebagai kekecewaan utama mereka, dengan 54% menunjukkan komunikasi yang berlarutan sebagai penghalang yang ketara. 40% lagi mengatakan prosedur permohonan yang panjang atau rumit membuatkan mereka tawar hati untuk memohon.
Di samping itu, tinjauan mendapati bahawa kelewatan temu duga meningkatkan secara langsung kadar pembatalan. Apabila temu duga dijadualkan dibuat dalam tempoh tiga hari, 9% calon akan menarik balik permohonan mereka. Hal ini meningkat kepada 18% apabila temu duga dijadualkan dalam tempoh tiga hingga tujuh hari dan melonjak kepada 26% apabila majikan mengambil masa lebih daripada tujuh hari untuk menjadualkan temu duga. Pakar-pakar menyatakan bahawa syarikat-syarikat yang memberi maklum balas dalam tempoh 48–72 jam cenderung untuk melihat kadar penerimaan yang jauh lebih tinggi.
Sepanjang tahun lalu, 45% pekerja menerima kenaikan gaji antara 0.1% hingga 4.9%, manakala 22% tidak menerima kenaikan gaji sama sekali. Bonus kekal sederhana, dengan 38% menerima bonus kurang daripada satu bulan dan hanya 17% menerima bonus dua bulan atau lebih. Angka-angka ini menunjukkan ketegangan yang semakin meningkat antara jangkaan gaji dan apa yang boleh ditawarkan oleh majikan pada masa ini. Dengan kenaikan kos sara hidup dan tekanan inflasi yang berterusan, ramai ahli profesional merasakan gaji mereka tidak setimpal dengan keadaan semasa, yang seterusnya meningkatkan lagi tingkah laku pertukaran pekerjaan.
"Di seluruh Asia, pasaran kerja semakin beralih ke arah kepantasan, ketelusan dan kecekapan. Di Malaysia, kami melihat terdapat jurang yang jelas antara seberapa cepat calon membuat keputusan dan betapa perlahannya sebilangan besar syarikat yang masih mengambil pekerja. Organisasi-organisasi yang menyesuaikan strategi bakat mereka ketika ini akan menjadi pihak yang menang dalam peringkat pertumbuhan ekonomi Malaysia yang seterusnya," kata Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Reeracoen Group.
Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Reeracoen Group
Tatkala pencari kerja mempertimbangkan lebih banyak pilihan dan persaingan untuk bakat pula menjadi semakin sengit, agensi-agensi terus memainkan peranan penting dalam membantu majikan mendapatkan calon yang tepat. Meskipun platform pekerjaan dalam talian digunakan secara meluas, 48% pekerja masih bekerja dengan firma pengambilan pekerja. Data daripada Reeracoen mendapati bahawa 70% penempatan yang berjaya terdiri daripada calon pasif, lalu menunjukkan bahawa agensi-agensi memberi majikan dengan akses kepada bakat melangkaui kumpulan pemohon aktif.
Reeracoen Malaysia berinteraksi dengan beribu-ribu pencari kerja dan majikan setiap bulan, memberikan cerapan masa nyata kepada syarikat berhubung arah aliran tenaga kerja dan tingkah laku pengambilan pekerja merentas industri-industri utama. "Pencari kerja Malaysia sangat aktif dan juga selektif pada masa ini. Tempoh tindak balas yang perlahan atau proses yang tidak jelas boleh menyebabkan syarikat-syarikat kehilangan calon yang baik dengan pantas. Majikan yang bertindak pantas, berkomunikasi dengan jelas dan menawarkan ganjaran kompetitif akan mendapat kelebihan yang kukuh pada tahun 2025," tambah Yohei Yagi, Pengurus Negara, Reeracoen Malaysia.
Yohei Yagi, Pengurus Negara bagi Reeracoen Malaysia
Reeracoen Malaysia tetap komited bagi menyokong perniagaan dan juga pencari kerja sepanjang tempoh transformasi ini, menawarkan pandangan yang tepat pada masanya dan penyelesaian pengambilan pekerja dipercayai yang disesuaikan mengikut keperluan tenaga kerja yang sentiasa berubah-ubah.
Muat turun laporan terkini Malaysia, Job Market Insights 2025: What Employers Need to Know About Jobseekers (Job Market Insights 2025: Apa Majikan Perlu Tahu Tentang Pencari Kerja), di sini.
Latar Belakang Reeracoen Malaysia
Reeracoen Malaysia merupakan sebahagian daripada Reeracoen Group, iaitu peneraju memenangi anugerah dalam landskap pengambilan pekerja Asia yang menghubungkan bakat terunggul dengan organisasi-organisasi berpandangan jauh. Menerusi sembilan pejabat di enam negara Asia yang utama, Reeracoen menggabungkan kepakaran tempatan yang mendalam dengan keupayaan pengambilan pekerja rentas sempadan bagi membantu perniagaan berkembang dengan lebih kukuh dan juga lebih pantas. Kami mendukung standard profesionalisme dan kualiti perkhidmatan tertinggi, menyediakan penyelesaian pengambilan pekerja yang inovatif dan dipercayai yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja masa kini yang sentiasa berubah-ubah.
Media Contact
Valerie Ong
Regional Marketing Manager, Reeracoen Group
valerie@reeracoen.sg