arrow

Kajian Reeracoen Dapati Majikan Malaysia Ambil Pendekatan Lebih Bersasar Ambil Pekerja pada 2026

NewsJanuary 30, 2026 09:00

Kajian Reeracoen Dapati Majikan Malaysia Ambil Pendekatan Lebih Bersasar Ambil Pekerja pada 2026
Pasaran buruh yang lebih ketat dan kos yang semakin meningkat mendorong peralihan ke arah pengambilan pekerja sejajar dengan kemahiran


KUALA LUMPUR dan PULAU PINANG, Malaysia, 27 Januari 2026 -- Reeracoen Malaysia mengeluarkan Hiring Trends Year-on-Year Comparison 2024 vs. 2025 (Perbandingan Trend Pengambilan Pekerja Tahun-ke-Tahun 2024 berbanding 2025) yang menunjukkan bahawa walaupun majikan Malaysia terus mengambil pekerja pada tahun 2025, strategi pengambilan pekerja menjadi lebih selektif, berdisiplin dan sejajar dengan keperluan tenaga kerja dalam tempoh jangka panjang. Majikan mula beralih daripada usaha pengambilan pekerja yang meluas kepada pengambilan pekerja yang lebih selektif dan sejajar dengan kemahiran yang dapat menyokong kemampanan tenaga kerja jangka panjang.


Perubahan ini berlaku tatkala organisasi-organisasi mengharungi cabaran kos guna tenaga yang lebih tinggi, ketakpadanan kemahiran yang berterusan dan keadaan pasaran buruh yang semakin ketat. Daripada mengurangkan pengambilan pekerja, penemuan ini menunjukkan penentukuran semula—selangkah menuju pengambilan bakat yang tepat pada masa yang tepat dan bukan sekadar menambah jumlah pekerja.


Gambaran keseluruhan laporan: Membandingkan Corak Pengambilan Pekerja Sepanjang Dua Tahun


Kajian tahunan ini menganalisis data pengambilan pekerja dalam industri-industri Malaysia dengan membandingkan hasil pengambilan pekerja sebenar pada tahun 2024 dengan niat dan tingkah laku pengambilan pekerja oleh majikan pada tahun 2025.


Meskipun permintaan terhadap bakat kekal utuh, majikan mula beralih daripada gelombang pengambilan pekerja yang besar. Sebaliknya, mereka melaksanakan rancangan pengambilan pekerja secara berperingkat dan bersasar yang mengutamakan peranan yang penting terhadap produktiviti dan pertumbuhan perniagaan. Peralihan ini menggambarkan pengiktirafan yang lebih luas bahawa pemerolehan bakat merupakan fungsi yang strategik dan bukan sekadar tugas operasi.


Mengapa Majikan Memikirkan Semula Pendekatan Pengambilan Pekerja


Laporan ini mengenal pasti beberapa faktor utama yang mendorong peralihan ini. Kos buruh yang semakin meningkat, termasuk pelarasan upah di bawah Belanjawan 2025, digabungkan dengan ketakpadanan kemahiran yang berterusan, membuatkan setiap keputusan pengambilan pekerja menjadi lebih ketara. Sementara itu, kekurangan bakat dalam peranan khusus dan teknikal meningkatkan risiko dan kos yang berkaitan dengan kesilapan pengambilan pekerja.


Biarpun berdepan dengan semua tekanan ini, permintaan pengambilan pekerja secara keseluruhannya kekal stabil, dengan majikan memfokuskan sumber kepada peranan yang menyokong secara langsung produktiviti dan juga pertumbuhan.


Sebagai respons, majikan turut menilai semula bagaimana, bila dan siapa yang mereka ambil bekerja. Kesediaan pekerjaan, pengalaman yang berkaitan dan kesesuaian dalam tempoh jangka panjang kini menjadi keutamaan berbanding jumlah pekerja. Penandaarasan pasaran dan penilaian calon yang mantap menjadi alat standard dalam proses pengambilan pekerja.


Yohei Yagi, Pengurus Negara di Reeracoen Malaysia, menyatakan bahawa evolusi ini jelas dilihat dalam pelbagai sektor.


"Majikan Malaysia masih mengambil pekerja, namun mereka berbuat demikian dengan kaedah lebih tepat berbanding tahun-tahun sebelumnya," kata Yagi. "Kos guna tenaga yang lebih tinggi dan jurang kemahiran yang berterusan bererti organisasi-organisasi perlu mempertimbangkan dengan teliti keputusan pengambilan pekerja mereka. Apa yang kita lihat ialah peralihan ke arah pengambilan pekerja yang ditakrifkan dengan jelas, sejajar dengan kemahiran dan bukannya pengembangan yang meluas."

 

Yohei Yagi, Pengurus Negara bagi Reeracoen Malaysia

Yohei Yagi, Pengurus Negara bagi Reeracoen Malaysia


Mengapa Laporan Penting untuk Majikan


Kajian ini menunjukkan pengambilan pekerja sebagai penggalak strategik yang secara langsung mempengaruhi kebingkasan dan daya saing organisasi. Pertaruhannya menjadi lebih tinggi berbanding sebelum ini: satu kesilapan pengambilan pekerja boleh menjejaskan produktiviti, dinamik pasukan dan juga kecekapan kos dalam tempoh jangka panjang.


Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Reeracoen Group, berkata kesedaran yang semakin meningkat ini membentuk corak pengambilan pekerja di seluruh rantau ini.


"Di seluruh Asia-Pasifik, majikan mengharungi cabaran pasaran buruh yang lebih ketat dan dalam masa yang sama kos tenaga kerja yang semakin meningkat," kata Naito. "Di Malaysia, keadaan ini menjurus kepada pendekatan pengambilan pekerja yang lebih berdisiplin, dengan ketepatan dan kesesuaian jangka panjang menjadi lebih penting berbanding kelajuan atau jumlah pekerja. Rakan pengambilan pekerja memainkan peranan penting dalam membantu organisasi-organisasi mentafsirkan keadaan pasaran dan membuat keputusan pengambilan pekerja termaklum dan mampan."

 

Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Kenji Naito, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Reeracoen Group


Reeracoen membangunkan Perbandingan Trend Pengambilan Pekerja sebagai kajian tahunan untuk membantu pemimpin perniagaan dan golongan profesional sumber manusia (HR) bertindak balas kepada keadaan pasaran yang berubah-ubah dengan jelas dan yakin. Laporan ini memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan dan penanda aras untuk membimbing perancangan tenaga kerja yang lebih strategik.


Bagi majikan, kejayaan pada tahun 2026 akan semakin bergantung pada keupayaan untuk menggaji kemahiran yang tepat pada masa yang tepat dan disokong oleh data pasaran yang tepat serta strategi pengambilan pekerja termaklum.                    


Untuk mengakses laporan penuh dan meneroka pandangan pengambilan pekerja dan penyelesaian pengambilan pekerja Reeracoen Malaysia, sila kunjungi: https://www.reeracoen.com.my.


Latar Belakang Reeracoen Malaysia 


Reeracoen Malaysia merupakan sebahagian daripada Reeracoen Group, peneraju yang memenangi anugerah dalam landskap pengambilan pekerja Asia yang menghubungkan bakat unggul dengan organisasi-organisasi berpandangan jauh. Dengan sembilan pejabat di enam negara Asia yang utama, Reeracoen menggabungkan kepakaran tempatan yang mendalam dengan keupayaan pengambilan pekerja rentas sempadan bagi membantu perniagaan-perniagaan berkembang dengan lebih mantap dan lebih pantas. Kami mendukung standard profesionalisme dan kualiti perkhidmatan tertinggi, menyampaikan penyelesaian pengambilan pekerja inovatif dan dipercayai yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja masa kini yang kian berkembang.


Source: Reeracoen Malaysia

 

Media Contact

Valerie Ong
Regional Marketing Manager, Reeracoen Group 
valerie@reeracoen.sg